Monday, 14 September 2015

Kadet Remaja Sekolah SMKKP

KRS (SMK Kubor Panjang)

  Assalamualaikum kepada semua pembaca. Time tidur tadi, tiba-tiba aku termimpi kenangan2 indah bersama Kadet Remaja Sekolah(krs) Kedah terutamanya KRS smk Kubor Panjang. Sebenarnya aku dah mula berjinak2 dengan krs ni sejak sekolah rendah lagi pada umur 11 tahun di mana aku di pilih sebagai salah seorang peserta kem kenaikan pangkat. Kem ini bukanlah kem di peringkat negeri tetapi di peringkat daerah. Tanpa diduga dengan keadaan kesihatan aku yang tidak menentu ketika itu aku berjaya menghabiskan kem tersebut dengan kejayaan pangkat sebagai sarjan KRS di sekolah dan secara automatik dilantik menjadi presiden krs sekolah. Tetapi kalau nak ajar orang kawad time tu memang sebijik lah macam ketam mengajar anak-anak untuk jalan lurus, Memang aku sendiri pun jalan tak betul kan, tetiba kena ajar pulak budak2 yang tak ada basic kawad, memang kelaut arhh.

  Apa yang menarik apabila menyertai kem KRS ni confirm laa boleh mendisplinkan dirikan, jadi bermula saat itu aku jadi displin la sikit konon-kononnya, hahaha . Okay kepada sesiapa yang tak pernah tahu pasal krs meh sini abang nak ceritakan ya, sebelum baca tu ambik position paling terbaik supaya awak semua xsakit belakang nanti . KRS ni bukan sahaja badan uniform yang hanya kawad ja 24 jam , tetapi krs jugak meliputi pelbagai aspek dalam kehidupan contohnya ia mengajar erti persahabatan, kepimpinan , ketahanan fizikal dan mental, kerohanian dan sebagainya . Sebelum aku masuk krs ni pun aku ada jugak pandang serong dekat krs, " best sangat ke krs ni? macam buang masa ja, hitam pulak tu" , ini antara persepsi pertama aku terhadap krs, Ternyatalah bahawa persepsi tidak dapat menjamin rangka sebenar kejadian.

  Sebelum aku start masuk krs masa di sekolah menengah, masa tu lebih kurang form 3 la, aku didedahkan dengan pelbagai pencapaian oleh pasukan krs SMK Kubor Panjang di peringkat negeri dan sebagainya. Jadi aku mula menanam minat kearah menjadikan diri lebih berdisplin dengan menyertai pasukan krs SMK Kubor Panjang . Orang pertama yang menjadi idola aku adalah ikhmal bin zabandi kerana di dapat fly ke sabah dalam kem krs peringkat kebangsaan yang mana dia merupakan wakil dari kontijen KEDAH yang berjaya meraih naib johan keseluruhan dalam kem tersebut, Jadi, dari situ aku mendapat motivasi untuk menyertai pasukan krs kubor panjang bersama2 rakan2 kelas aku yang lain terutamanya amir asyraf, jamil ismail, syazwan, faris fadhilah, abhar dan beberapa orang yang lain. Apabila secara officialnya kami rakan sekelas menjadi ahli pasukan krs , bermulalah kehidupan kami yang sangat mencabar dari segi pengunaan masa , tenaga dan sebagainya.

  Sebelum aku tulis lebih panjang eloklah kalau aku mulakan dengan menceritakan kisah2 krs kubor panjang ini kepada umum kerana ia merupakan kebanggaan semua warga sekolah ini. KRS merupakan salah satu kelab unifrom yang berdaftar , merupakan badan beruniform paling aktif di sekolah itu, dipimpim oleh cikgu timah, dan sebagainya hehehe kalau intro aku salah maaf ya, sebab aku tak expert sangat taw bab2 ni. Di ketika mana orang sibuk belajar pada waktu petang , pada masa sama kami bersusah payah berlatih untuk mencapai impian setiap warga kubor panjang. Di ketika mana orang lain sibuk bersiap untuk menghadapi peperiksaan , di masa yang sama kami bermandikan peluh di bawah terik matahari. Dari situ aku pasti setiap orang pasti aku merasakan kebebanan dari cerita ini, "berat mata melihat, berat lagi bahu memikul". Tetapi setiap aral yang datang itu kami anggap sebagai batu lonjatan untuk terus konsisten menjalani latihan.

   Apa yang menarik sangat? bagi aku ukhwah antara ahli krs sememangnya layak di iktiraf oleh Persatuan Perpaduan Kaum di Malaysia , hehehe over pulak aku ni kan, Persatuan tu belum tentu lagi wujud , merepek ja kan. Apa tidaknya, kami sama2 bertahan di bawah hujan panas tanpa sejenak pun rasa ingin lari, kami bersama2 melangkah duri2 yang menjadi aral kepada kami tanpa rasa ragu2, kami bersama2 mengorak langkah sebagai pemimpin pejalar2 tanpa rasa jemu. Apa yang dilalui memang kekal dalam ingatan, kami pernah minum air sebotol kecil seramai 30 orang, pernah makan sepinggan beramai2 , pernah guling2 di dalam air bersama2, dan sebagainya yang kekal tertikam di dalam akal kami. Seingat aku, komandan kami time tu ajmal , dan dia sekarang berada di upsi (bakal cikgu la kan). Dia memegang jawatan sebagai staff sarjan dan yang paling membanggankan platun kami kerana dia dapat menggemgam gelaran ketua platun terbaik selama 2 tahun perturut2 di peringkat negeri Kedah. peerrhhhh dengar pun dah naik bula roma aku, mana tidaknya seorang pelajar sekolah harian biasa dapat mengukir nama di peringkat negeri kot.

   Selesai cerita bab ajmal, kita proceed ke cerita seterusnya iaitu cerita tentang pencapaian krs SMK Kubor Panjang yang baru2 ni jela eaa sebab yang lama2 dulu memang aku tak ingat lansung. krs ni dapat menjadi JOHAN peringkat negeri kawad kreatif tahun 2014, N.JOHAN kawad kreatif peringkat kebangsaan 2014, JOHAN kawad kaki peringkat negeri 2014 , dan JOHAN kawad kaki peringkat zon utara, Manakala pada tahun 2015, krs SMK Kubor Panjang jugak mendapat gelaran JOHAN peringkat negeri bagi kawad kreatif, JOHAN kawad kaki peringkat negeri dan N.JOHAN peringkat zon utara. pencapaian sebanyak ini mungkin sukar dilakar oleh mana2 badan beruniform di sekolah harian biasa tetapi SMK Kubor Panjang dengan gagahnya mempertahankan kedudukan mereka sebagai pencabar utama dalam unit beruniform. Walhal itu, sekolah ini jugak mendapat pelbagai anugerah dalam bidang kokurikulum diseluruh pelusok bumi jelapang padi seakan2 emas yang menjadi rebutan ramai. Itulah harga sebenar krs yang dibina dan disokong kuat oleh pentadbiran sekolah.

  Bukan setakat komandan ja yang bersusah payah, tetapi pengetua , penolong kanan ko, guru2 penasihat , alumni2 dan pelajar sekolah sendiri menyokong kuat pasukan ini sehinggakan di gelar permata sekolah. hahaha yang bab permata ni aku tambah2 ja taw, Sebut pasal sokong ni, dari pengalaman aku , ada jugak ibu bapa antara kami yang datang dari kedah ke putrajaya semata2 hendak beri sokongan moral ja, yang ni memang aku respect gila la. Mungkin ni salah satu sebab kejayaan krs SMK Kubor Panjang kerana berkat doa ibu bapa masing2 seperti mana yang kita tahu keredaan Allah bergantung kepada keredaan ibu bapa masing2. jadi jangan la sesekali meninggikan suara atau melakukan perkara2 yang boleh menguris hati wanita yang rata2nya selembut sutera.

  Aku rasa sampai disini sahaja nukilan aku kali ni sebab kekurangan masa. mohon maaf sekiranya isu2 yang di mainkan di dapat menarik hati tuan puan pembaca.

  sekian. mohon maaf

Friday, 11 September 2015

KEHIDUPAN DI MATRIKULASI PAHANG

KMPahang(KMPh)

Assalamualaikum semua, Sebelum ini mungkin xramai yg tulis pasal Kolej Matrikulasi Pahang kan. Jadi kesempatan masa yang aku ada ini dengan suka dan gembiranya aku nk tulis sedikit sebanyak tentang kolej kesayanganku ini. Sebaik sahaja aku mendapat tawaran utk menyambung belajar di KMPh bersama rakan2 sekolah yg rata-ratanya adalah kawan baik aku , tanpa ragu-ragu aku terus klik butang terima tawaran yg terdampar di skrin laptop pinjaman daripada abang aku, Kalau tidak silap lebih kurang lapan orang rakan2 aku mendapat tawaran yang sama, tetapi aku agak sedih kerana hanya sebahagian dari mereka yang melalui jalan yang bengkang bengkok bersama aku, dan yang lainnya mendapat tawaran yang lebih baik di universiti2 dan sebagainya.Itu semua adalah rezeki dan kehendak masing2. Aku xnak intro panjang2 , nanti xjadi cerita pulak kan. meh2 kita cerita slow2.

     Pada pagi pendaftaran , aku dengan penuh semangat bangun seawal pukul 4.00 pagi, hahaha mungkin kerana terlalu excited kan. Sampai sahaja  di pintu masuk utama KMPh mata aku seakan2 tidak berkelip kerana mahu menghayati pemandangan sekitar KPMh dari sudut kecil di dalam kereta. Perkara pertama yang aku lakukan adalah masuk ke foyer depan blok B1. sebenarnya KMPh mempunyai 6 blok dengan nama2 daerah di negeri Pahang seperti blok Pekan, blok Kuantan dan yang lain aku xingat, Setiap blok mempunyai lebih kurang 4 orang felo taw, felo ni kalau kamu semua nak tahu dia sama macam warden la kalau di peringkat sekolah. Semua felo2 ni pulak bukan calang-calang orang, mereka ni semua lecturer dekat KMPh. Semua felo2 ni boleh ajak bersembang satu meja , bak kata orang kampung aku " hang nnti dapat pangkat besaq2 jangan sombong noh".

   Berbalik kepada cerita KMPh pengalaman aku yang paling seronok disana adalah keakrapan dan ukhwah yang terjalin disitu. Semua warga KMPh seakan2 satu keluarga yang sudah lama kenal antara satu sma lain , sampaikan tanpa mengira agam, kaum, dan warna kulit warga KMPh dapat bersatu untuk mnjayakan aktiviti mega kolej. Berbalik kepada aktiviti kolej , aktiviti pertama yang akan dijalankan adalah pilihan raya kolej yang mana tujuan utamanya adalah untuk melicinkan lagi pentadbiran kolej dan memberi peluang kepada pelajar2 untuk menyuarakan pandangan ataupun idea masing2. Untuk pengetahuan semua, wakil pelajar yang menang pilihan raya akan digelar sebagai JPP. Aku pun xpasti apa nama lengkap untuk JPP hahaha, maklumlah aku ni xsuka ambik port(xambil tahu bab2 ni). Berbalik kepada cerita JPP, setiap seorang daripada mereka akan mewakili modul masing2 contohnya KMPh ada modul 1, modul2 , modul 3 dan akaun. Dan apa yang menarik perhatian aku tentang kehidupan sebagai JPP adalah seorang sahabat baik aku di KMPh tetapi namanya dirahsiakan atas sebab2 tertentu hahaha macam rahsia besar pulak kan. kan kan kan.

   Seterusnya, setengah orang cakap duduk matrikulsi ni xbest , terkongkong, kena berdisplin setiap masa, susah nak dapat pointer , tapi bagi aku itu semua hanya andaian dari orang2 yang xpernah menjalani kehidupan di matrikulasi. Suka di ingatkan bahawa kehidupan di situ bukan hanya study 24 jam ja taw, tapi banyak aktiviti2 yang best setiap minggu contohnya seperti kem hero to zero, minggu kerjaya, malam mega , KMPH GOT TALENT dan sebagainya. Apa yang aku nak cerita dkt sini, disamping study kita jugak boleh join event2 yang mana mempunyai objektif tersendiri untuk memajukan pelajar kearah kehidupan sebagai mahasiswa sepenuh masa. Dekat KMPh yang bestnya ada banyak facitili2 sukan dan sebagainya, ramai pulak tu senior2 aku yang bina badan sebab ada gym free, Sukan? jangan tanya la , semua jenis sukan pun ada, cuma bergantung kepada diri sendiri la nak bersukan ataupun terperap dalam bilik mengadap assignment ataupun laptop kan. ping pong, bola sepak, futsal, golf , crespie, dan macam2 ada .

   Di samping menuntut ilmu kedunian dan membawa harapan ibu bapa masing2 , KMPh jugak kaya dengan pelbagai majlis2 ilmu agama, boleh dikatakan Masjid Al Mustaqim (masjid kpmh) itu ibarat syurga bagi pencinta2 ilmu akhirat. bukan setiap bulan ada aktiviti , bahkan 4 hari  setiap minggu diadakan ttazkirah oleh pelajar2 dan ajk masjid sendiri, Forum, ceramah, kem hero to zero,kem pengurusan jenazah,dan majlis bacaan yassin diadakan dengan rapi setiap detik yang berjalan, Jadi , majlis2 seperti ini mungkin boleh menjadi persiapan kita di alam universiti nanti , yang aku sedia maklum kehidupan di universiti ni terlalu bebas , terlalu lagha la kalau dalam bahasa kasarnya  , hinggakan matlamat utama ke universiti seaakan2 hanya kisah zaman silam. Mungkin bagi pelajar2 yang cintakan ilmu merasakan KMPh merupakan tempat peralihan yang terbaik ke alam universiti.
Masjid al mustaqim ini bukan sahaja beroperasi sebagai tempat ibadah dan penyebaran ilmu bahkan lebih daripada itu. Keistimewaan tentang masjid ni mesti laarh besar kan. Itu yang pertama, selain itu masjid ini jugak berada di lokasi yang strategik iaitu di tepi tasik, berdekatan dengan padang, dan mini mart.

   Untuk pengetahuan pembaca , KMPh ini mempunyai 2 tasik yang mana masing2 mempunyai kisah tersendiri. Tasik pertama berada bersebelahan dgn masjid utama KMPh , manakala tasik kedua terletaknya di hujung bahagia belakang KMPh. Tasik kedua merupakan tempat yang kaya dengan flora dan faunanya. Sehijau mata memandang , setenang air tasik kebiruan disitu aku seolah2 melupakan yang semua masalah2 yang terpendam dalam diri . Jadi saya syorkan kepada pelajar baru untuk lepak2 disitu, mungkin anda semua akan merasai apa yang saya maksudkan. haaa habis pasal tasik kan, aku nak ceritakan pasal kafe pulak, dekat situ ia mempunyai 4 kafe utama tetapi kafe paling top di kalangan pelajar adalah kafe blok A la, mungkin sebab makanan di situ banyak pilihan dan sedap kot. aku pun xpasti sebab2 nya. Tapi makanan paling best dekat KMPh yang aku paling ingat sampai sekarang adalah nasi ayam kafe A, memang meletop arrhh dia pun sos. mejilat pinggan aku di buatnya.

   Sahabat, persahabatan kami wargaKMPh sememangnya  xsehebat Rasulullah dan saidina Abu Bakar tetapi apa yang dirasai adalah kemanisan yang sangat panjang kerana susah senang kami bersama2. Dan apa yang aku nk tekankan kepada pelajar2 terutamanya pelajar KMPh , belajar lah menghargai kawan2, sahabat2 yang ada , kenapa? mungkin ini persoalan yang timbul dalam kotak pemikiran masing2 kan, jawapan itu hanya akan terjawab apabila anda semua melepasi alam matrikulasi. Aku ambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada rakan2 kelas 2M2S13 kerana berjaya melanjutkan ke menara gading impian masing2, ada yang dapat UTM, UiTM, UPM, UUM, UMP, UniMAS, USM , UM,UTHM dan sebagainya. Apa yang menarik mengenai kelas aku adalah bilangan pelajar lelaki dan perempuan yg sama banyak iaitu seramai 19 org yang mana terdiri dari 3 bangsa. Khas untuk pembaca blog ini aku ingin menceritakan betapa akrabnya kami sehinggakan kami membuat aktiviti wajib untuk setiap hujung minggu contohnya bermain bola jaring , futsal , ping pong dan aktiviti paling best ketika bermalam di palm hotel kuantan yang mana disertai oleh tiga kelas lain. Bukan itu shaja kami jugak meraikan setiap hari lahir dgn pelbagai kejutan2 menarik yang di luar jangkaan situan badan,

   Sebelum aku smbung cerita tentang sahabat, molek aku cerita pasal leturer di KMPh dulu. Dan sekali lagi kelas aku bertuah kerana mendapat pensyarah2 cemerlang dlm bidang masing2 di kolej itu . Nama2 mereka tetap akan aku semat di dalam hati hingga sekarang , nama2 mereka ialah madam Izzah , madam Najwa , madam Rabiah , madam Ain, dan sir arizal yang mana bertungkus lumus dalam memperjuangkan nasib anak jati Malaysia seperti aku. Tidak habis setakat itu, mereka bukan sahaja mengajar dalam bidang masing2 sahaja malah mereka jugak selalu memberi kata2 semangat supaya kami tidak lalai dalam perjalanan yang pendek disitu, kata2 mereka bagaikan mutiara yang jatuh tetapi mutiara2 itu tidak pula berkecai dan berterabur.

    2M2S13, itu adalah kelas kedua aku di KMPh yang mana sebelum ini aku aku dari modul 1 tetapi membuat permohonan untuk menukar kelas atas sebab2 tertentu. Pada mulanya aku beraggapan bahawa keputusan yang dilakukan adalah salah sama sekali , tetapi selepas 2 minggu bersama2 mereka keyakinan aku telah berubah menjadi impian . Perangai gila2 mereka buat aku xkering gusi, jangan ingat budak2 matrik ni skema2 ja taw. Yang gila2 mcm aku pun ada jugak. shamel, amir, azam, naim , arip, zikri , rafi, khoo, yoges , sabri, mizah, aina, shima, najwa, nisa, ica dan dewi , semua nama2 ini membuatkan aku rindu kepada KMPh.

    Outing merupakan aktiviti mega di KMPh . Mungkin kerana kemudahan kenderaan yang terdapat dekat situ kot kan, tambah2 masa rapid Kuantan yang melalui jalan itu adalah 30 minit sekali dan keadaan geografi KMPh yang berdekatan dengan kuantan dan gambang water park. Pernah sekali aku pergi ke gambang water park yang mengambil masa kira2 5 minit dari matrik, smapai ja dekat situ aku terpaksa beratur 30 minit nak beli tiket pun hal.Jadi pesanan saya jangan larh pergi gamabng water park pada cuti umum hahaha, memang xleh mandi laa jawab nya. Kuantan pulak x la jauh sgt, kalau naik kereta 25 minit pun dan boleh sampai taw, tapi kalau naik rapid mahu sejam jugak nak sampai. Nama ja RAPID kan? hahaha ini bukan masalah rapid xlaju tetapi kerana terlalu banyak stesen yang perlu berhenti....Kalau anda ni pergi ke kuantan ingat ja nama 4 tempat ni, ECM, MEGAMALL, KUANTAN PRADE, dan TELUK CEMPEDAK.Memang menyesal la sapa2 yang sampai kuantan tapi xpernah pergi tempat2 ni.

   sekian dari saya pelajar sepanjang zaman *ukm






taman paku
pakis Uni Kebangsaan Malaysia

Monday, 7 September 2015

Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang

SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG

Pada tahun 2008, peristiwa yang agak besar terjadi terhadap diri ku dan aku yakin ia juga terjadi kepada seluruh manusia dibumi Malaysia yang digelar sebagai pelajar. Setelah berminggu2 membuat persiapan , tiba lah hari pertama di mna aku di daftarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang(SMKKP) pada umur ku 12 tahun 5 bulan. Disebalik kisah pendaftaran aku di sekolah ini lebih kepaada keputusan peperiksaan UPSR aku yang kurang memberangsangkan iaitu aku hanya sekadar mendapat 3A1B1C. Jadi aku tidak mendapat mana2 tawaran untuk belajar ke sekolah berprestasi tinggi dan MRSM. 

    Namun begitu , bermula pada hari pertama aku didaftarkan aku menanam sejuta impian untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin disini , dan menjadi pelajar yang mempunyai kebolehan dalam pelbagai perkara termasuklah kempimpinan, sukan, dan sebagaimya. SMKKP, tempat dimana aku melepaskan segala keringat ku tetap tersimpan dalam hati ku walaupun masa susah senang ku di situ telah lama meninggalkan aku. Dari tadi aku tak mulakan lagi aku pnya cerita pasal sekolah kebanggaan aku ini. meh aku mulakan ya. Tidak dinafikan hari2 pelajar baru mesti perlu melalui orentasi yang panjang. Tapi yang mmbuatkan aku gembira kerana suasana sekolah ini yang lain daripada lain.

   Apakah yang lainnya ? maklumlah , aku berasal dri sekolah perkampungan kecil dimana hanya mempunyai pelajar sekitar 500 org shaja , itu pun 10 tahun lalu lah hehehe. Jadi, yang paling ketara adalah suasana pekan kecil Kubor Panjang yang mengamit minat aku. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai pelajar seramai 1600+ pelajar setiap tahun dan juga merupakan sekolah kedua yang mempunyai bilangan pelajar sebegitu ramai di daerah Pendang. oppss sebelum aku terlupa, SMKKP ni terletak kira2 20 minit dari pekan pendang , dan 35minit dalam Bandaraya Alor Setar. Sebelum aku meneruskan cerita tentang sekolah tercinta ini aku ingin mengucapkan ucapan terima kasih kpda afham kerana mmberi aspirasi kepada aku utk berjinak2 dlm bidang baru ini.

   Perkara lain yg menarik di SMKKP adalah ia mempunyai pelajar tingakatan 6 yang rata-ratanya merupakan pelajar yg cemerlang dari segi akademik mahupun sahsiah. Aku kurang pasti bila, tetapi PRA U SMKKP selalu dinobatkan sebagai sekolah yang mempunayi kualiti dan kuantiti.Bila jmpa budak2 form 6 ja, mereka mesti senyum bak kata mak aku xrugi senyum dekat orang. Mereka ni pulak bkn study 34 jam, tpi mcm2 aktiviti yang mereka sendiri ambil alih dengan bantuan guru2 penasihat contohnya seperti penerbiti buku majalah bakti, penganjuran aktiviti2 ,dan sebagainya.

   Selesai pasal form 6 , kalau nk cerita pasal form 6 ni smpai 56 page pun xckup kan. Jadi kita move on jala dgn kelebihan lain yg terdapat di SMKKP ya. Yang paling membanggakan aku adalah apabila SMKKP iaitu sekolah harian biasa menempa nama di persada kebangsaan dgn merangkul gelaran naib johan kawad kreatif peringkat kebangsaan di putrajaya tahun 2014. Yang paling mmbuatkan aku bangga lagi, aku juga trlibat secara lansung dlm membantu kejayaan ini. hahaha aku bukan org penting. Cikgu2 , Pengetua sendiri, dan rakan alumni byk membantu KRS SMKKP dlm kejayaan pertama seperti ini. bukan itu sahaja malah pada tahun yg sama KRS juga mendpt gelaran JOHAN negeri dan JOHAN kebangsaan bagi prtandgn kawad kaki zon utara. Kalau nak sebut pasal kejayaan team ni memang xhabis la oi.

    Okay la , aku proceed jala nah. Kehebatan lain mesti la pasal sukan lagi, hahaha, nampak dak sekolah kuat sukan tpi bab pelajaran xcerita lagi. Sekolah ni byk gila2 la achivement dia , yg paling aku ingat time aku form 5, pelajar kelas aku mewakili daerah dlm pertandingan pidato prgkat negeri dan mendapat tempat kedua . Namanya Zaihan dan merupakan best student batch aku sbb dia dpt straigth A's. Aku pun xthu mcm mna dia study, mgkin xmakan, mgkin tidur malam, mgkin xminum hahaha mmg xlogik la kan kalau xbuat semua benda tu. Aku gurau ja hehehe.

    Kalau bab akademik sekolah aku ni top jugak la, nak cerita panjang weh. Jadi aku cerita tentang suasana jela, Suasana dkt SMKKP mmg xdapat di tempat lain, tambah2 dengan kehijauan pokok pokok yg rimbun daunya itu sehingga daun yg gugur itu membuatkan tukang2 kebun xmenang tangan taw. Yang paling best taman2 yang terdapat dlm sekolah itu, nama taman tu aku xingat. Hehehehe bukannya sengaja untuk melupakan sejarah hidup, tetapi aku sekadar manusia yg mustahil utk tidak mempunyai sifat lupa. Selain itu,sekolah ni jugak mempunyai dua surau yg berlainan tempat dengan kecantikan masing2. Saya rasa mgkin smpai disini sahaja nukilan saya kali ini. mgkin saya akan menyambung cerita tentang bertapa gahnya SMKKP

SEKIAN DARI SAYA,