Monday, 14 September 2015

Kadet Remaja Sekolah SMKKP

KRS (SMK Kubor Panjang)

  Assalamualaikum kepada semua pembaca. Time tidur tadi, tiba-tiba aku termimpi kenangan2 indah bersama Kadet Remaja Sekolah(krs) Kedah terutamanya KRS smk Kubor Panjang. Sebenarnya aku dah mula berjinak2 dengan krs ni sejak sekolah rendah lagi pada umur 11 tahun di mana aku di pilih sebagai salah seorang peserta kem kenaikan pangkat. Kem ini bukanlah kem di peringkat negeri tetapi di peringkat daerah. Tanpa diduga dengan keadaan kesihatan aku yang tidak menentu ketika itu aku berjaya menghabiskan kem tersebut dengan kejayaan pangkat sebagai sarjan KRS di sekolah dan secara automatik dilantik menjadi presiden krs sekolah. Tetapi kalau nak ajar orang kawad time tu memang sebijik lah macam ketam mengajar anak-anak untuk jalan lurus, Memang aku sendiri pun jalan tak betul kan, tetiba kena ajar pulak budak2 yang tak ada basic kawad, memang kelaut arhh.

  Apa yang menarik apabila menyertai kem KRS ni confirm laa boleh mendisplinkan dirikan, jadi bermula saat itu aku jadi displin la sikit konon-kononnya, hahaha . Okay kepada sesiapa yang tak pernah tahu pasal krs meh sini abang nak ceritakan ya, sebelum baca tu ambik position paling terbaik supaya awak semua xsakit belakang nanti . KRS ni bukan sahaja badan uniform yang hanya kawad ja 24 jam , tetapi krs jugak meliputi pelbagai aspek dalam kehidupan contohnya ia mengajar erti persahabatan, kepimpinan , ketahanan fizikal dan mental, kerohanian dan sebagainya . Sebelum aku masuk krs ni pun aku ada jugak pandang serong dekat krs, " best sangat ke krs ni? macam buang masa ja, hitam pulak tu" , ini antara persepsi pertama aku terhadap krs, Ternyatalah bahawa persepsi tidak dapat menjamin rangka sebenar kejadian.

  Sebelum aku start masuk krs masa di sekolah menengah, masa tu lebih kurang form 3 la, aku didedahkan dengan pelbagai pencapaian oleh pasukan krs SMK Kubor Panjang di peringkat negeri dan sebagainya. Jadi aku mula menanam minat kearah menjadikan diri lebih berdisplin dengan menyertai pasukan krs SMK Kubor Panjang . Orang pertama yang menjadi idola aku adalah ikhmal bin zabandi kerana di dapat fly ke sabah dalam kem krs peringkat kebangsaan yang mana dia merupakan wakil dari kontijen KEDAH yang berjaya meraih naib johan keseluruhan dalam kem tersebut, Jadi, dari situ aku mendapat motivasi untuk menyertai pasukan krs kubor panjang bersama2 rakan2 kelas aku yang lain terutamanya amir asyraf, jamil ismail, syazwan, faris fadhilah, abhar dan beberapa orang yang lain. Apabila secara officialnya kami rakan sekelas menjadi ahli pasukan krs , bermulalah kehidupan kami yang sangat mencabar dari segi pengunaan masa , tenaga dan sebagainya.

  Sebelum aku tulis lebih panjang eloklah kalau aku mulakan dengan menceritakan kisah2 krs kubor panjang ini kepada umum kerana ia merupakan kebanggaan semua warga sekolah ini. KRS merupakan salah satu kelab unifrom yang berdaftar , merupakan badan beruniform paling aktif di sekolah itu, dipimpim oleh cikgu timah, dan sebagainya hehehe kalau intro aku salah maaf ya, sebab aku tak expert sangat taw bab2 ni. Di ketika mana orang sibuk belajar pada waktu petang , pada masa sama kami bersusah payah berlatih untuk mencapai impian setiap warga kubor panjang. Di ketika mana orang lain sibuk bersiap untuk menghadapi peperiksaan , di masa yang sama kami bermandikan peluh di bawah terik matahari. Dari situ aku pasti setiap orang pasti aku merasakan kebebanan dari cerita ini, "berat mata melihat, berat lagi bahu memikul". Tetapi setiap aral yang datang itu kami anggap sebagai batu lonjatan untuk terus konsisten menjalani latihan.

   Apa yang menarik sangat? bagi aku ukhwah antara ahli krs sememangnya layak di iktiraf oleh Persatuan Perpaduan Kaum di Malaysia , hehehe over pulak aku ni kan, Persatuan tu belum tentu lagi wujud , merepek ja kan. Apa tidaknya, kami sama2 bertahan di bawah hujan panas tanpa sejenak pun rasa ingin lari, kami bersama2 melangkah duri2 yang menjadi aral kepada kami tanpa rasa ragu2, kami bersama2 mengorak langkah sebagai pemimpin pejalar2 tanpa rasa jemu. Apa yang dilalui memang kekal dalam ingatan, kami pernah minum air sebotol kecil seramai 30 orang, pernah makan sepinggan beramai2 , pernah guling2 di dalam air bersama2, dan sebagainya yang kekal tertikam di dalam akal kami. Seingat aku, komandan kami time tu ajmal , dan dia sekarang berada di upsi (bakal cikgu la kan). Dia memegang jawatan sebagai staff sarjan dan yang paling membanggankan platun kami kerana dia dapat menggemgam gelaran ketua platun terbaik selama 2 tahun perturut2 di peringkat negeri Kedah. peerrhhhh dengar pun dah naik bula roma aku, mana tidaknya seorang pelajar sekolah harian biasa dapat mengukir nama di peringkat negeri kot.

   Selesai cerita bab ajmal, kita proceed ke cerita seterusnya iaitu cerita tentang pencapaian krs SMK Kubor Panjang yang baru2 ni jela eaa sebab yang lama2 dulu memang aku tak ingat lansung. krs ni dapat menjadi JOHAN peringkat negeri kawad kreatif tahun 2014, N.JOHAN kawad kreatif peringkat kebangsaan 2014, JOHAN kawad kaki peringkat negeri 2014 , dan JOHAN kawad kaki peringkat zon utara, Manakala pada tahun 2015, krs SMK Kubor Panjang jugak mendapat gelaran JOHAN peringkat negeri bagi kawad kreatif, JOHAN kawad kaki peringkat negeri dan N.JOHAN peringkat zon utara. pencapaian sebanyak ini mungkin sukar dilakar oleh mana2 badan beruniform di sekolah harian biasa tetapi SMK Kubor Panjang dengan gagahnya mempertahankan kedudukan mereka sebagai pencabar utama dalam unit beruniform. Walhal itu, sekolah ini jugak mendapat pelbagai anugerah dalam bidang kokurikulum diseluruh pelusok bumi jelapang padi seakan2 emas yang menjadi rebutan ramai. Itulah harga sebenar krs yang dibina dan disokong kuat oleh pentadbiran sekolah.

  Bukan setakat komandan ja yang bersusah payah, tetapi pengetua , penolong kanan ko, guru2 penasihat , alumni2 dan pelajar sekolah sendiri menyokong kuat pasukan ini sehinggakan di gelar permata sekolah. hahaha yang bab permata ni aku tambah2 ja taw, Sebut pasal sokong ni, dari pengalaman aku , ada jugak ibu bapa antara kami yang datang dari kedah ke putrajaya semata2 hendak beri sokongan moral ja, yang ni memang aku respect gila la. Mungkin ni salah satu sebab kejayaan krs SMK Kubor Panjang kerana berkat doa ibu bapa masing2 seperti mana yang kita tahu keredaan Allah bergantung kepada keredaan ibu bapa masing2. jadi jangan la sesekali meninggikan suara atau melakukan perkara2 yang boleh menguris hati wanita yang rata2nya selembut sutera.

  Aku rasa sampai disini sahaja nukilan aku kali ni sebab kekurangan masa. mohon maaf sekiranya isu2 yang di mainkan di dapat menarik hati tuan puan pembaca.

  sekian. mohon maaf

No comments:

Post a Comment